Training of Trainers
(Grafik)

Training of Trainers (Grafik) atau ringkasnya TOT Grafik adalah sebuah program anjuran Multimedia Interactive Club (iMec) untuk mengajar ahli iMec yang akan terlibat menjadi Ahli Jawatan Kuasa untuk program School @ UKM (T-Shirt Design).

Program ini berlangsung pada hari Sabtu, 30 November 2019 dan bertempat di Makmal Pengajaran 3 di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM.

Perisian yang digunakan dalam program ini adalah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Pada slot pagi, peserta diajar cara menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator. Walaupun saya mempunyai pengetahuan asas tentang kedua – dua perisian ini, namun program ini telah menambah pengetahuan sedia ada saya dengan lebih terperinci.

Pada slot petang pula telah berlangsungnya ‘competition’ antara peserta, kerana peserta perlu membuat design baju sendiri berdasarkan modul dan berdasarkan apa yang telah diajar oleh tenaga pengajar.

Penjurian dan penyampaian hadiah dilakukan selepas tamat waktu ‘competition.’ Juri dan penyampai hadiah ialah penasihat aktiviti program tersebut iaitu Dr. Amirah Ismail.

Di bawah ialah beberapa gambar ketika aktiviti sedang berlangsung dan kesemua gambar boleh dilihat di galeri Facebook iMec DI SINI

Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Powered by