Training of Trainers
(Animasi Permainan)

Training of Trainers (Animasi Permainan) atau ringkasnya TOT Animasi adalah sebuah program anjuran Multimedia Interactive Club (iMec) untuk mengajar ahli iMec yang akan terlibat menjadi Ahli Jawatan Kuasa untuk program School @ UKM (Animasi Permainan).

Program ini berlangsung pada hari Sabtu, 16 November 2019 dan bertempat di Makmal Pengajaran 3 di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM.

Perisian yang digunakan untuk membuat animasi permainan adalah Construct 2.

Saya berperanan sebagai AJK Protokol dan ditugaskan untuk mencari teks pengacara majlis dan juga teks untuk bacaan doa.

Pada slot pagi, peserta diajar cara menggunakan perisian Construct 2 ini. Construct 2 ini mudah digunakan kerana ianya tidak menggunakan pengaturcaraan tetapi hanya menggunakan logik untuk menghasilkan sebuah animasi permainan. Saya juga turut belajar tentang perisian ini kerana ia adalah ilmu yang baru untuk saya.

Pada slot petang pula telah berlangsungnya ‘competition’ antara peserta, kerana peserta perlu membuat animasi permainan sendiri berdasarkan modul dan berdasarkan apa yang telah diajar oleh tenaga pengajar.

Penjurian dan penyampaian hadiah dilakukan selepas tamat waktu ‘competition.’ Juri dan penyampai hadiah ialah penasihat aktiviti program tersebut iaitu Dr. Siti Fadzilah Mat Noor.

Di bawah ialah beberapa gambar ketika aktiviti sedang berlangsung dan kesemua gambar boleh dilihat di galeri Facebook iMec DI SINI

Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Powered by