Filem Thriller/Mystery: The Invisible Guest (2016)

Hello semua.

Dalam post ni, saya nak review movie genre thriller/mystery: The Invisible Guest (2016).

Macam biasalah, saya tonton semua movie bersama housemate saya. Antara sebab yang besarnya ialah saya tumpang tengok Netflix orang je. Hahaha.

Boleh dikatakan setiap malam jugalah saya tonton movie bersama housemate. Biasanya lepas makan.

Movie ni salah seorang housemate saya yang suggest, sebab dia tengok orang suggest kat Twitter. Semuanya berdasarkan suggestion. Hahaha.

Okay, saya mulakan dengan maklumat filem dulu.

Maklumat Filem
  • Genre: Crime, Mystery, Thriller
  • Pengarah: Oriol Paulo
  • Penulis: Oriol Paulo
  • Jangka masa: 1 jam 46 minit
  • Country: Spain
Storyline

Adrián Doria, seorang ahli perniagaan kaya dinobatkan sebagai Man of the Year kerana syarikat berteknologi tinggi dan perjanjian perdagangannya dengan pasaran Asia, bertemu Virginia Goodman, seorang peguam veteran dalam penyediaan saksi dan deklarasi kehakiman, yang disarankan oleh peguam Adrián Felix Leiva.

Adrián ditangkap oleh polis di sebuah bilik hotel dengan mayat kekasih di sisinya, jurugambar Laura Vidal. Semasa perbincangan, Adrián memberitahu Virginia mengenai kejahatan dan hubungannya dengan Laura, mendedahkan bahawa kedua-duanya mengalami kemalangan kereta di mana seorang lelaki bernama Daniel Garrido meninggal, dan bagaimana Laura memanipulasi Adrián untuk elak masuk penjara kerana kematian Daniel itu.

The Invisible Guest

Review

Review di Rotten Tomatoes

I think this is a really great movie, you don’t know what is the truth, the characters are involving and the plot twist is amazing, you have a nice surprise at the end – Jennifer B

The type of cheesy, implausible and mediocre thriller that believes to be so clever with endless unbelievable twists which are in fact worthy of a Mexican soap opera – overrated while it lasts and destined to be forgotten in the dark pits of late night reruns on cable TV. – Carlos M

Review di IMDb

The type of cheesy, implausible and mediocre thriller that believes to be so clever with endless unbelievable twists which are in fact worthy of a Mexican soap opera – overrated while it lasts and destined to be forgotten in the dark pits of late night reruns on cable TV. – Emerenciano

Having just watched this film and having read most of its reviews, I can tell you just one thing. This is an “A-S-T-O-N-I-S-H-I-N-G” THRILLER. Please do yourselves a big favor and watch this genuine MASTERPIECE. Oh my God !!! – knick

Review saya

Pertama sekali saya boleh kata, memang best. Storyline dia seronok. Memang tak boleh dijangka. Bila saya ingatkan storyline dia macam A, eh bertukar jadi B pula.

Bila storyline dah berubah-ubah, memang mind blown. Saya nak beritahu spoiler sikit. Apa yang membuatkan saya kata mind blown ialah lawyer, Virginia tu. Dia sangat “sesuatu.”

Dan bila storyline berubah-ubah pun, mestilah plot twist bermacam-macam. Kami semua macam “wow,” “eh.” Cerita ini membuatkan anda tertanya-tanya, siapa yang betul, apa kebenaran yang betul.

Cerita ini laju, jadi memang takde perasaan “slownya cerita ni.” Cerita ni keep bagi, bagi, dan bagi lagi jalan cerita.

Dari segi setting, cinematography semuanya tu, for me it is nice. Timeline siang dan malam dalam cerita ni seimbang. Takde malam yang panjang sangat, takde siang yang panjang sangat. Just nice. (Sorry saya tak tahu sangat nak ulas cemana walaupun saya budak teater. Ewah)

Juga saya nak ingatkan, nanti anda akan terkejut di akhir-akhir cerita. Hehehe. Bukan terkejut sebab jumpscare, tapi sebab adalah… Kena tengok okay?


Kali ni housemate saya semuanya khusyuk menonton cerita ini. Tapi masih ada jugalah yang main fon, lepas tu tertanya-tanya apa jadi, kenapa, mengapa, semuanyalah. Geram juga saya.

Haa… tertarik untuk menonton filem ini? Macam biasa, anda boleh tonton filem ini di Netflix. Atau di mana-mana sahaja yang anda boleh tontonlah. Haaa…

Selamat menonton!

P/S: Jemput baca post-post saya yang lain. CONTACT saya kalau nak website. Hehehe 🙂


Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat