School @ UKM
(T-Shirt Design)

School @ UKM (T-Shirt Design) adalah sebuah program anjuran Multimedia Interactive Club (iMec), yang bertumpu kepada mengajar pelajar sekolah cara menggunakan perisian Adobe Photoshop & Illustrator sekaligus mengajar mereka untuk ‘design’ baju mereka tersendiri. Tenaga pengajar atau fasilitator yang terlibat ialah para pelajar yang menyertai TOT Grafik sebelum ini.

Program ini berlangsung pada hari Rabu, 4 Disember 2019 dan bertempat di Makmal Pengajaran 1 di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM.

Seperti dinyatakan di atas, perisian yang digunakan ialah Adobe Photoshop & Illustrator.

Program ini terbahagi kepada dua slot, slot pagi dan slot petang. Program yang dijalankan ini seperti TOT Grafik, di mana pada slot pagi, tenaga pengajar dan fasilitator akan mengajar peserta cara menggunakan perisian. Pada slot petang, telah berlangsungnya ‘competition’ antara peserta setelah mereka memahami dan tahu cara menggunakan Adobe Photoshop & Illustrator. Tema yang ditetapkan ialah Tradisional.

Penjurian dan penyampaian hadiah dilakukan selepas tamat waktu ‘competition.’ Juri dan penyampai hadiah ialah penasihat aktiviti program tersebut iaitu Dr. Amirah Ismail, Dr. Zurina Muda, Dr. Azura Ishak dan Fakhrul.

Di bawah ialah beberapa gambar ketika aktiviti sedang berlangsung dan kesemua gambar boleh dilihat di galeri Facebook iMec DI SINI

Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Powered by