Kenapa semua bisnes perlukan website?

Anda ada bisnes tapi tiada website?

Kadang-kadang saya faham kenapa orang tak nak buat website. “Saya tak pandai sangatlah bab teknologi”, “mahallah buat website”, “saya takde masa”, atau ayat yang paling terkenal ialah “bisnes saya dah cukup, takyah ada website lah”. Realitinya, anda tak perlu pandai teknologi, nak buat website sangat mudah dan murah dan senang cakap, tidak mempunyai website lebih membebankan masa dan wang anda.

Cuba anda bayangkan, 81% orang akan search kat Google atau Yahoo atau Bing tentang sesuatu perniagaan, produk, atau servis sebelum mereka buat keputusan untuk membeli atau subscribe. Itu bersamaan 25.92 juta orang! Tapi sayangnya, masih ada lagi pemilik bisnes yang berfikir “bisnes saya sekarang ini tak perlukan website” sebagai alasan #1 untuk tidak mempunyai website.

Masih belum pasti kenapa anda perlukan website? Takpe, teruskan membaca.

Kenapa Semua Bisnes Perlukan Website

Website membantu bisnes anda.

Mempunyai website akan menarik pelanggan baru

Saya suka ayat ni, sebab tu saya nak ulang lagi. 81% orang akan search kat Google atau Yahoo atau Bing tentang sesuatu perniagaan, produk, atau servis sebelum mereka buat keputusan untuk membeli atau subscribe. Jadi, jika anda tidak mempunyai website, anda tak dapat “menangkap” 81% orang ini.

Website anda dibuka 24/7/365 walaupun anda tidak. Mestilah tidak. Manusia tak mampu untuk beroperasi 24 jam. Manusia pun perlukan rehat. Jadi, website ni bertindak sebagai duta anda dan sentiasa aktif semasa dan di luar waktu pejabat.

Tambah kredibiliti kepada bisnes anda

56% orang menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai bisnes yang tiada website. Mempunyai website yang baik serta-merta meningkatkan kredibiliti anda sebagai perniagaan yang sah.

Sebagai manusia, kita semua akan ada “first impression” dan website anda membolehkan orang terkesan dengan cara anda mempromosi produk atau servis anda.

Website boleh membantu mempamerkan kepakaran anda dan meletakkan kedudukan perniagaan anda lebih baik. Website boleh menjadi alat nombor satu untuk anda terkenal.

Website tidak mahal atau sesusah yang anda fikir

Anda tak perlu pandai atau hebat dalam teknologi untuk membuat website sebab banyak agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan membina website. Anda cuma perlu menghubungi mereka dan mereka akan membantu anda selesaikan masalah anda tentang website.

Website boleh menjadi sangat kos efektif. Ini kerana, website boleh menawarkan pulangan yang lebih baik berbanding cara pemasaran yang lain. Jika anda terfikir dan merancang untuk memasarkan bisnes anda, website perlu menjadi alat utama pemasaran anda.

Mempunyai website lebih menjimatkan masa

Sama ada anda berdagang e-mel, membuat panggilan, atau menghantar cadangan – berkomunikasi dengan bakal pelanggan/client mengambil masa. Website anda boleh menjimatkan masa anda dengan memberikan jawapan kepada soalan dan pertanyaan yang biasa daripada pelanggan/client.

Caranya dengan membuat page Frequently Asked Questions (FAQ) di website anda. Pelanggan/client akan mendapat jawapan terus tentang bisnes anda melalui website anda. Mereka tak perlu nak hubungi telefon atau tunggu balasan e-mel daripada anda.

Mengawal jenama anda

Website bertindak sebagai platform untuk pemesejan anda dan membentuk persepsi online tentang bisnes anda dengan cara yang tidak dapat disediakan oleh saluran media sosial anda.

Banyak pemilik bisnes telah diulas secara online, kadang-kadang tanpa disedari dan/atau negatif. Bagaimanakah ini memberi kesan kepada anda? 79% pengguna yang membaca ulasan online, percaya kepada mereka. Lawan ulasan negatif itu dengan menunjukkan testimonial positif anda.

Bisnes anda wujud di seluruh dunia

Lokasi merupakan suatu aspek penting. Sebagai contoh anda nak cari rumah. Sudah pasti nak rumah yang berada dilokasi yang betul. Yakni kawasan berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai, pejabat kerajaan, bank dan lain-lain lagi.

Kalau anda nak buka kedai juga perlu untuk pilih lokasi yang sesuai. Antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan adalah persekitaran yang mesra pengguna bagi memudahkan mereka datang ke kedai anda. Namun begitu, masih terhad pada pelanggan yang berdekatan lokasi tersebut sahaja.

Berbeza dengan website yang dibina untuk bisnes anda. Ianya tidak terhad pada lokasi. Para pengguna atau pelanggan boleh mengakses website dimana sahaja asalkan ada connection internet. Malahan daripada ‘oversea’ pun boleh. Jadi tidak terhad pada lokasi tertentu.

Peluang untuk meluaskan pasaran adalah sangat tinggi. Lokasi bukan halangan bagi website anda. Jadi dah sedia nak buat website? Klik sini.

Jadi perlu ke tidak website ni?

“Kenapa nak website? Pakai Facebook, Instagram & Twitter kan boleh”

Jawapan saya adalah website perlu ada. Sosial media adalah medium tambahan untuk anda menambahkan trafik ke website anda. Barulah nampak hasilnya. Jadi lebih bagus jika ada. Lagi satu, akaun sosial media boleh kena suspend walau pun tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Buatnya masa tu tengah rancak berbisnes. Tetiba kena suspend account. Jenuh juga nak buat account baru. Kalau ada website at least ada backup. Website takde sape yang nak suspend kecuali korang tak bayar hosting dan domain je la.

Sumber: buckreeeskay

Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top