Facebook atau Laman Web? Laman Web! Eh, tapi Facebook…

facebook atau laman webLAMAN WEB NI PENTING KE UNTUK BISNES?

Ya betul! Laman web penting untuk kesemua bisnes samada bisnes kecil atau besar. Bisnes di sini bukan maksudnya untuk bisnes yang jual produk je. Kalau korang  sediakan servis pun, korang patut ada laman web. Nak buat laman web untuk personal reason pun boleh!

“Tak cukup ke Facebook page je?”

Sebenarnya, jawapan yang betul ialah GUNA DUA-DUA PLATFORM.

Facebook dan laman web adalah dua platform berbeza tapi kalau kita gabung penggunaannya, kita dapat benefit daripada dua-dua platform ni. Facebook dan laman web ni saling melengkapi tau.

“Tadi kata laman web penting. Kenapa sekarang guna dua-dua pula?”

Kerana kedua-dua platform ni ada tujuan yang berbeza, dan kedua-duanya boleh memberi manfaat kepada bisnes korang.

“Tapi macam mana?”

Kita guna Facebook untuk:

  1. Kongsi berita atau cerita yang menarik kat friends dan followers kita.
  2. Viral post atau video atau image.
  3. Connect dan berinteraksi dengan orang.

Kenapa guna laman web pula?

  1. Tarik visitors/readers pergi ke laman web supaya mereka dapat maklumat lanjut tentang bisnes korang.
  2. Senang visitors/readers jumpa tentang korang lagi-lagi mereka boleh tahu korang siapa, tahu tentang produk, artikel yang korang pernah post, testimoni orang tentang bisnes korang , dan cara nak contact korang (ini yang penting ni).
  3. Laman web adalah HAK MILIK ANDA. Korang boleh buat apa je kat laman web sendiri. Takde siapa akan close down korang punya laman web melainkan tak renew domain dan hosting. Kalau Facebook, korang langgar rules mereka, mereka boleh tutup akaun korang. Betul kan?

“Tapi kat mana orang lagi banyak cari kita? Facebook ke laman web?”

Cuba bayangkan, korang ada jual produk A. Korang buat review atau artikel pasal produk A ni. Time ni pula produk A tengah viral. Orang pun sibuk cari pasal produk A ni kat Google. Cuba teka apa yang Google tunjuk kat mereka?

Clue: BUKAN FACEBOOK.

“Nak connect or contact orang kan guna Facebook.”

Kalau nak contact orang, memang Facebook takleh dilawan. Facebook memang power.

Tapi bayangkan korang nak launch produk baru, (kita panggil produk B). Korang dah buat artikel or review pasal produk B ni kat laman web korang. Then korang buat post Facebook pula pasal produk B ni, dan link ke laman web korang. Post Facebook viral, then boom! Traffic dari Facebook pergi ke laman web dan boom! Ramai orang tahu pasal produk korang melalui Facebook DAN laman web.

“Jadi kita perlukan Facebook dan laman web la.”

Ya tepat sekali! Satu rahsia: Google suka laman web berbanding Facebook. Hehehe.
Bila orang cari produk atau ada soalan, mereka akan Google dulu.
Kalau korang ada provide jawapan untuk mereka, Google akan recommend laman web korang dulu kepada mereka.

Siapa yang senang hati? Korang juga. Haaa…


Ha macam mana? Betul ke tak betul saya cakap? Kalau korang cari something pun mesti Google dulu kan? Banyak yang keluar laman web orang je sebelum Facebook. Kita kena masuk otak potential customer kita, dan kena jawab segala persoalan mereka, baru mereka akan jumpa kita.

So, dah ready nak ada laman web sendiri? Boleh dah tu start cari web designer. Tapi tak perlulah cari jauh-jauh. Saya kan ada. Hehe. Saya pun boleh buatkan laman web. Berpengalaman selama 3 tahun lebih!

Jadi, cara nak contact saya boleh melalui WhatsaApp, email atau Telegram. Yang mana-mana korang selesa. Details contact saya ada di bawah:

Terima kasih kerana sudi membaca dan have a good day!


Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat