Beli kasut PUMA di JD Sports IOI City Mall, Putrajaya

Saya ini orangnya jarang membeli kasut di kedai – kedai seperti Adidas, Nike, PUMA dan sebagainya. Kalau diikutkan, saya ini sebenarnya jarang membeli kasut. Sebab saya mempunyai “flat feet”. Jadi kebanyakan kasut yang saya suka pun saya tak sesuai pakai sebab nanti tak selesa, cepat sakit kaki. Kalau saya punya “flat feet” ni sakit bahagian depan kaki takpelah lagi, tapi saya sakit bahagian arch jadi memang susah nak jumpa kasut yang sesuai dengan jenis kaki saya.

Pada Ahad (15/3/2020), saya bawa dua orang kawan saya yang lebih arif dan mengetahui tentang segala kasut ni. Pergi IOI City Mall sana pun sebab nak ambil medal Unicorn Run yang cancel akibat Covid-19. Alang – alang tu singgahlah JD Sport IOI City Mall, Putrajaya. Penat jugalah mereka layan kerenah saya. Sebab kasut – kasut yang mereka cadangkan memang lawa tapi malangnya, kaki saya pula mudah sakit. Hahaha.

Saya tunjuk sikit kasut-kasut yang menarik di mata saya. Sorry la, saya suka warna hitam merah putih ni. Hehehe.

Haa… ni cuma kasut yang menarik minat saya tapi saya takdelah beli sebab kasut PUMA tu dah lari bajet. Sedih saya. Kasut Nike tu pula sakit kaki saya jika pakai. Sedih lagi sekali

Jadi kasut apa saya beli? Saya beli kasut PUMA Cali. Hahaha. Saya beli kasut ni sebab ada “Great Deals.” Harga asal dari RM449, jadi RM310. Saya pun apa lagi, rembat jelah. Sedap pun sedap. Saya minta seller ambilkan saiz 6, kemudian saya pakai dua-dua belah. Lepas tu, saya tawaf satu kedai tu untuk pastikan yang kaki saya betul-betul selesa dan tak sakit. Memang betul, kaki saya selesa dan tak sakit. Yelah, “flat feet” kan.

PUMA Cali

Sesiapa yang nak membeli kasut atau pakaian sukan kat JD Sports IOI City Mall ni, kedai mereka terletak di Lower Ground, Lot 5 & 7 ye. Selamat rambang mata dan membeli-belah!

Sesiapa yang nak website pula, bolehlah contact saya. Hehehe.

Share This On Your Favorite Social Media!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Powered by